Friday, August 19, 2005

Warkah untuk mek:
Bill telefon hingga Rm 1600 lebih?
I tak lah melaungan 'elakkan pembaziran' kepada mek sehingga jangan mengunakan telefon.Telefon tu penting untuk perhubungan. Terutama semasa kecemasan.Tetapi apa saja sering diperkatakan dan yang sering diperingatkan oleh I seringkali dipandang sebagai alasan untuk laridari tanggungjawab. Misalnya tanggungjawab untuk menalifon U. Dalam apa jua hal, dalam menggunakan telefon misalnya, Islam menegah umatnya dari melakukan pembaziran.

Sesungguhnya, pembaziran amat merugikan diri sendiri dan boleh menyebabkan kita terjerumus dalam kesusahan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang tafsirnya: "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.''

Ramai yang sedia maklum akan kesan buruk pembaziran itu. Sudah ramai yang pernah mengalami akibatnya, iaitu berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu. Namun ingatan 'elakkan pembaziran telefon' masih saja tidak diendahkan. Apa yang nyata, pembaziran masih saja berlaku .

Mengapa pembaziran itu berlaku dan sukar dikikis? Untuk menjawab persoalan ini memaksa kita berpatah balik kepada sikap. Sikap kita yang ego, mementingkan diri sendiri dan suka berbanding-banding, menunjuk-nunjuk , kerap kali memaksa badan melupai diri dan kemampuan .

Sedangkan wang yang digunakan untuk membayar bil-bil telefon itu itu jika difikirkan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Yang lepas tu lepas lah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home