Bill telefon VS Kasih Sayang
I ni bukanlah pandai, bukan misi,bukan doktor, tetapi ada membaca sedikit pasal saikologi. Betul tak betul apa yang I baca tak tau la. Tetapi,Pakar psikologi berpendapat: Minda kita hanya dapat berfungsi dengan lebih berkesan jika diguna berdasarkan beberapa peraturan atau undang-undang yang tertentu .
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sebenarnya apa yang kita rasakan dan fikirkan tentang diri kita , itulah kita . Apa yang kita fikirkan pada hakikatnya itulah yang akan berlaku Akan berlaku baik secara cepat atau tidak.baik secara nyata atau secara hakikat..Orang yang cemerlang jangan memikirkan sesuatu yang boleh melemahkan diri mereka sama ada dari segi fizikal ataupun mental .Pemikiran yang terbentuk dalam minda adalah yang bertenaga, samada bertenaga positif atau negatif. Pemikiran positif akan membawa kepada kebaikan dan kecemerlangan, pemikiran negatif akan membawa kepada keruntuhan dan kemusnahan. Melihat dalam mata hati kepada perkara yang baik akan mengamankan dan menyejukkan minda.Melihat kepada keburukan akan membawa kepada kepanasan hati dan minda.
Telepati, atau melalui ESP Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Jangan diheran perkara ini. Gelombang tenaga fikiran adalah lebih kuat dari gelombang tenaga bunyi yang boleh diterima dan di enkod seperti gelombang radio. Yang demikian, Kita boleh berkomunikasi dengan seseorang melalui cara membayangkan wajahnya di dalam minda kita, untuk memudahkan penghantaran maklumat tersebut kita mestilah melakukan dengan secara jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Bomoh dan ilmu hitam biasa menggunakan kaedah ini tetapi dengan cara yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab. Sebenarnya apa yang kita fikirkan mengenai seseorang, fikiran dan tanggapan tersebut bergerak dalam bentuk gelombang minda dan jika tiada halangan atau gangguan, gelombang tersebut akan dapat berkomunikasi serta mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jalinan emosi dan pertalian darah yang rapat akan memberi kesan yang mendalam. Jalinan emosi inilah yang selalu berlangsung antara U dan I. Jadi, kalau u mau bahagia fikirkan kebahagian I. Apa yang menyebabkan I bahagia atau sebaliknya jika u maukan i menderita sengsara fikirkanlah tentang kelemahan, kejahatan, dan segala sifat non posif dalam diri I. Minda U adalah pusat penghantaran maklumat yang akan diterima oleh minda I.
Demikianlah juga. sekiranya kita membenci seseorang, maka pemikiran itu akan menarik kebencian daripada orang tersebut. Tetapi, orang yang cemerlang sentiasa berfikiran fositif terhadap orang lain agar pemikiran yang sama akan dipulangkan kepada dirinya. Oleh itu, elakkan dari membenci seseorang, apa yang perlu dibenci adalah perangainya, bukan orangnya. Bukan bangsanya!
Tuhan memberikan pilihan kepada manusia untuk memileh. Apapun juga.Dan kesan yang dibawa oleh pemilihan itu akan ditanggung oleh kita sendiri.Atau ganjarannya kita yang terima. Dalam ugama disebut dosa dan pahala. Didunia , kalau pemilihan kita yang positif kita akan mendapat rasa bahagia. Kalau yang negatif yang kita pileh kita akan dapat kesengsaraan.Diakhirat dalam bentuk ganjaran syurga dan neraka. Di Dunia ini atau pun di akhirat nanti serupa sahajalah pembalasanya.Kita berupaya untuk melayan atau menolak sebarang pemikiran yang terbentuk dalam minda kita. Misalnya, kita boleh mengawal pemikiran samada kita ingin marah atau simpati dengan sesuatu keadaan. Jikalau kita keterlaluan semasa memarahi seseorang sehingga tidak dapat mengawal diri, pada hakikatnya kita telah menurunkan nilai diri kita ke tahap kanak-kanak malah kadang-kadang ketahap animal. Jadi, soalan I betulkah pemilihan u untuk terus hidup dengan i ni? Bolehkah U mengawal minda u dari berterusan memikirkan keburukan-keburukan diri I ni?
Sungguhpun. Kita boleh menyayangi dan membenci seseorang secara serentak. Kita juga berkemampuan untuk memikirkan pelbagai perkara yang tidak berkaitan dalam satu masa. selain dari pemikiran yang fositif, seseorangjuga seharusnya mempunyai pemikiran yang menarik. Ini akan menjadikan mereka sebagai manusia yang unik serta dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini. Cubalah selitkan hanya pemikiran kebaikan terhadap apa sahaja yang I lakukan, walau mungkin pada nyatanya ia tidak menguntungkan U.
Bayangkanlah selalu bagaimana dalam perhubunngan ini, I menyanyangi U selalu, tanpa syarat, tanpa banyak persoalan negatif, Ini kerana, pada hakikatnya apa yang berlaku pada diri kita adalah merupakan natijah kepada apa yang kita minta dengan izin Allah s.w.t. Apa yang terbentuk dalam minda mempunyai hubungan dengan apa yang berlaku secara realiti. bayangkan apa yang kita inginkan dan sekaligus padamkan perkara-perkara yang kita tidak mahu dalam hidup ini. Mudah-mudahan tidak akan ada ketegangan dan kesengsaraan. Tidak akan terkeluar kata-kata yang menghiris hati. Melainkan kata-kata yang penuh dengan kasih dan sayang.
Beruntungnya dan lebihnya orang Islam ialah ,mereka sentiasa berdoa dan menunaikan solat . Amalan ini akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui ketenangan fikiran, kegigihan semangat, keyakinan dan pemikiran yang lebih terfokus. Apabila kita tenang maka mudahlah untuk memberi perhatian dan tumpuan pada setiap perkara yang kita lakukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya ”. Surah Al-Mukminun ayat 1-2 .
Pemikiran yang bersih dan sangkaan yang baik terhadap orang lain merupakan pra syarat kepada kesihatan fizikal yang menyeluruh . Pemikiran yang positif akan menggerakkan fizikal secara positif. Berfikir mengenai sihat menyebabkan kita bertambah sihat dan begitulah sebaliknya .Antara faktor kecemerlangan hidup manusia ialah cepat dan pantas berfikir. Melalui Akal. Cintailah diri i ini dengan akal bukan dengan emosi yang berserabut.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home