Kata-kataku Bukan Intan
Kalaulah kata yang iklas yang keluar dari mulut ini dapat dinilai, biarpun bukan setara butiran intan permata, sudah tentu yang terjadi tak akan terjadi, yang bergaduh tak akan bergaduh, sudah tentu tidak ada konflik yg besar. Tetapi, apa boleh buat. Yang keluar dari mulut ini hanyalah percisan airliur yang kosong kalaupun tidak membusukkan keadaan dan ruang hidupmu. Kata-kata ini tak layak di nilai dipertimbangan dunia apalagi di neraca akhirat. Memang, yang dipinta adalah bukannya kebebasan bersuka-ria atau kebebasan untuk berfoya-foya.
Memang yang dicari bukan kemewahan .Kemewahan hanya menjanjikan alpa. Yang di cari bukan hanya belaian lembut dan manja ,bukan sentuhan mesra memabukkan rasa. Yang dicari ialah ketenangan apabila mendapat khabar bahawa orang yang disayang tidakkan mudah mengalah dengan mudah walaupun melalui saat yang payah. Ketenangan yang dicari ini akan timbul tatkala kau hanyut di arus yang salah, kau terus sedar dan berubah. Memang I akan marah atau U pun akan marah jika melihat seseorang menongkah arah yang salah atau hanya pasrah berserah walaupun pengalaman ini telah memberitahu perbuatan mengali telaga nanah tidak akan sama dengan mengali telaga emas.
Apakah kelebihanku ini berbanding dengan kehidupanmu sekarang kalau tidak kerana sedikit pengalaman-pengalaman pahit yang aku sendiri pernah hirup dan telan? Pengalaman inilah yang menyebabkan aku bersuara dalam bentuk tegahan dan larangan. Tetapi tidak pula memaksa dalam apa cara sekalipun. Patutkah aku hanya berserah melihat engkau begitu laju menongkah arah yang salah? Berlakunya perantauan mu sekarang bukan kerana sebab yang kosong. Bukan sebab hendak mengisi kepentingan sendiri. Apa yang diberi dalam bentuk apa sekalipun bukan bermaksud mendapatkan pembalasan. Bukan pemberian yang mengharap ganti baik sekarang atau bila-bila.
Mungkin dengan tanggung-jawab,ingin mengajarmu tentang hakikat hidup yang hakikimenyebabkan kau berada di KSA sekarang ini. ingin melepaskanmu pergi dengan keyakinan di hati, bahawa engkau tidak akan tersilap lagi…… Kerana ianya datang dari seorang kekasih untuk kekasihnya,
Biarlah coretan ini meninggalkan kesan abadi di hati nuranimu!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home