Terimalah diri ini dengan segala kekurangan-kekurangan yang ada
Bukan aku yang mahukan perhubungan ini. Kita yang bina perhubungan ini. Bukan kau dan bukan aku. Kita yang mahukan terbinanya pertalian ini. Kita!.
Hasrat kita adalah sama. Mahukan sedikit kebahagiaan.
Kebahagiaan? Kebahagiaan dengan hidup bergaduh selalu? Dan alasan-alasannya kalau timbul pergaduhan, baik kecil atau pun besar, mengikut jawapanmu , adalah kerana diriku ini. Setidak-tidaknya kerana akulah yang mencetuskan. Akulah yang menyebabkan timbulnya berbagai perasaan tak puas hati dalam dirimu. Semasa kemarahan dan kepanasan hati mu itu sering tersembur keluar kata-kata yang amat benar bagi pemikiranmu. Kata-kata benar yang keluar dari mulut seorang lawan yang membelasah musuhnya! Semua kata-kata mu tentang diriku semasa kemarahan adalah benar. Kata-katamu adalah saksi-saksi yang menghentam diriku di kandang pesalah. Dan akhirnya aku akan dihukum sepanjang hidup.
Dalam keadaan kebenaran kata-katamu itu aku menerima pukulan tanpa daya. Tangan dan kaki terikat dan dengan mulut tersumbat aku dibelasah, belasah dan dibelasah tanpa belas kasihan. Akulah yang mencetuskan semua itu. Sebab aku tidak berlaku adil sebagaimana kehendak dan kemahuanmu.
Tangan dan kakiku terikat dengan komitmen keluarga. CERAIKAN AKU! CERAIKAN AKU! CERAIKAN AKU! Mulutku terikat tak ingin melepaskan kata cerai!
Dan aku akan terus dibelasah. Di persalah.
Dalam keadaan tiada keadilan dari diriku ini, bila-bila masa sahaja akan tercetus pergaduhan. Bila-bila masa sahaja aku akan di layan sebagai musuh yang harus dibelasah dan ditawan. Aku akan terus menerus di tuduh sebagai peragut kebahagiaan mu sebelum perhubungan ini. Aku akan dituduh perampas keceriaanmu sebelum perhubungan ini.
Aku begitu bahagia jika tidak ada pergaduhan. Dalam keadaan tiada keadilan dari diriku ini, bagaimana pergaduhan dapat dielakkan?
Kebahagiaan itu perasaan yang relatif. Absrak. Ia boleh ada dimana-mana dan ia boleh tiada dimana-mana. Terpulang kepada tafsiran kita. Adakah kebahagiaan hanya ada pada perhubungan-perhubungan orang yang tidak bermadu? Penderitaaan pun sama. Ia boleh ada dimana-mana dan boleh tiada dimana-mana. Yang penting cara kita melayani penderitaan itu. Pada sesetengah orang, menusuk jarum tajam dibadan adalah penderitaan. Tetapi pada seorang lain ia adalah suatu kenikmatan.
Perbezaaan perasaan ini terjadi adalah kerana niat dan kepercayaan. Kerana tujuan semata-mata. Si anu yang menerima tosokan jarum dari seorang misi akan meraung sakit adalah kerana ia tidak mempunyai niat apa-apa. Tetapi seorang sami yang menusukkan jarum-jarum yang jauh lebih besar di badannya tidak akan menderita kesakitan, sebab niatnya dan kepercayaannya adalah untuk mempersembahkan acara itu kepada Tuhannya.
Dalam premis dan logik yang sama kita boleh bertanya adakah orang yang kahwin dengan bukan suami orang tidak menderita? Tolong kaji lah sendiri.Tolonglah jawab sendiri.
Kepercayaan kepada makna kasih-sayang yang sebenar adalah mustahak untuk mengelakkan rasa menderita. Kepercayaan kepada kasih saying yang murni boleh menyebabkan kita bahagia. Kebahagiaan menyebabkan kita bersabar.
Makna kasih dalam Sesuatu Perhubungan yang dipersetujui bersama sungguh besar pengertiannya. Sebab itu, dalam konteks Sesuatu Perhubungan dan kasih sayang kepada Orang Yang Paling Kita Kasihi, adalah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai kemanisan cinta atau ni'mat yang sebenar.
Dengan ertikata lain, kerelaan yang hakiki akan tercapai apabila kita dapat meletakkan setinggi-tinggi kasih dan sayang kita kepada sesorang.
Begitu juga dalam konteks menghormati Orang Yang Paling Kita Kasihi.
Sesuatu Perhubungan mengajar kita supaya berbuat baik kepada Orang Yang Paling Kita Kasihi.
Maksud berbuat baik itu bukan sahaja mencakupi perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang baik sahaja, bahkan disudut hati nurani kita mestilah tersimpan rasa amat kasih dan sayang kepada kesemua yang berkaitan dengan Orang Yang Paling Kita Kasihi. Dan jangan cuba berniat tak baik terhadap keluarganya. Dalam keadaan apapun juga.
Kerana melalui niat yang tak baik itu akan melahirkan bibit-bibit kebencian dan seterusnya melunturkan rasa kasih sayang dalam perhubungan..
Iaitu meletakkan dalam diri bahawa kasih sayang dan sumpah setia harus ditumpahkan kepada perhubungan Orang Yang Paling Kita Kasihi itu sendiri tanpa soaljawab yang memanaskan hati dan perasaan.
Justeru, dalam suasana macam mana sekalipun, sewajarnya kita harus mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku. Kita harus memerangi petualang-petualang dan pengkhianat-pengkhianat perhubungan kita yang sentiasa mencari kesempatan dan peluang.
Mereka sentiasa mencari peluang untuk menjejaskan keamanan perhubungan kita, kestabilan dan kesejahteraan perhubungan kita dan sentiasa berusaha untuk menghancurkan perhubungan yang kita telah lama bina.
Oleh yang demikian kita haruslah menyedari hal ini dan janganlah terikut-ikut dengan arus pembawaan mereka-mereka atau termakan jarum-jarum yang dimainkan oleh musuh-musuh perhubungan kita yang ingin mengkhianati perhubungan kita ini.
Kita sepatutnya sedar, tidak ada suatu keuntungan sedikitpun yang akan memihak kepada kita jika bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat ini.
Kita juga tidak akan mendapat manfaat sedikitpun jika kita memenuhi kehendak-kehendak orang yang cuba meracuni nurani kita dengan berita-berita palsu, khabar-khabar angin dan fitnah-menfitnah antara satu sama lain.
Berwaspada dengan mereka ini. Kerana dalam keadaan suasana yang sebegini ada musuh-musuh Perhubungan yang ingin "menangguk di air keruh" dengan mengambil kesempatan supaya kita tidak lagi berasa aman dan tenteram.
Akan Tetapi musuh terbesar yang harus kita jinakkan , tundukkan, dan kalahkan dulu adalah perasaan-perasaan dan pemikiran-pemikiran jahat yang terselinap didalam hati sanubari kita sendiri.
Dan kebaikan-kebaikan dalam diri U seringkali membantu I menewaskan perasaan-perasaan gatal dan jahat dalam diri ini. Kalau tidak, sudah tentu perhubungan ini sudah lama runtuh, pecah dan terbelah. Sesungguhnya teruskanlah memberikan kebaikan-kebaikan itu dan bukan memberikan keburukan-keburukan.
Keburukan-keburukan hanya melemahkan perhubungan yang kita bina bersama.
Terimalah diri ini dengan segala kekurangan-kekurangan yang ada sebagaimana aku menerima dirimu dengan seadanya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home