Friday, January 15, 2010

dreams

115
3107

Monday, August 22, 2005

Apa yang U takut?

Sepatutnya U telah dapat melihat hatibudi diri ini dengan jelas. Sepatutnya kita Lebih mudah sesuaikan diri kerana sudah lama saling mengenali. Tetapi, itu munkin secara lahiriah sahaja. Secara batinnya, kita masih dalam perkenalan. U masih dalam ketakutan. Akibat ketakutan itu, timbul pelbagai perasaan. Perasaan negatif. Dari perasaan negatif timbul pelbagai ragam negatif. Sedangkan ragam negatif tidak akan memberikan warna-warni dalam perhubungan.
Ia hanya memaparkan kehitaman. Kehitaman tidak akan meberikan perhubungan yang tidak berbentuk dan tidak berupa. Kehitaman akan mengotori dan merosakan perhubungan yang bersemi.
Hanya U yang tau dan boleh mengungkap ketakutan-ketakutan yang U rasai terhadap diri ini. Janganlah berdaleh bahawa u tidak ada rasa ketakutan dalam perhubungan ini. Kalau tidak ada ketakutan, masakan I tak boleh berkawan atau mengenali kelompok kawan dan inner circle kehidupan U? .
Orang akan takut pada malam kerana di waktu malam orang tidak akan dapat melihat dengan jelas. Atau tak akan melihat langsung. U tak akan mengenali I dalam kegelapan. Pakailah lampu suloh iaitu akal mu untuk melihat diriku ini. Nescaya, U akan tahu kelemahan dan kekurangan diriku ini. Dan kekurangan diri masing-masing juga. Jika Sudah tahu kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.Makna nya malam yang gelap, malam yang menyebabkan ketakutan itu akan menjadi lebih terang dan ketakutan akan hilang. Jika di survey dan ditanya 1000 perempuan yang dalam percintaan, 1000 orang akan mengatakan dia takut kalau kalau dirinya di tinggalkan.Takut dirinya tidak disunting. Takut habis madu sepah dibuang.
Tapi, U? Apa yang U takut? Hanya U yang boleh senaraikan. Walau U dan I bernikah dalam diam, Pasti di restui keluarga U akhirnya ,kerana tentu keluarga U faham cara kita hanya tidak mengikut adat. Tetapi kita mengikut hukum. Daripada adat, tentulah hukum yang lebih utama. Bagaimana kalau kita tidak mengikut hukum dan adat? Bergelumang noda dan dosa?
Sepatutnya U harus menanamkan rasa percaya lebih tinggi kepada I kerana kita sudah banyak kenal hati budi masing-masing. I pun percayakan U. Sepatutnya U harus percayakan I melebihi orang lain, dalam apa jua hal. Kalau U tidak memberitahu I sesuatu perkara, dan alasannya ialah U takutkan I, sedangkan perkara itu U berani beritahukan kepada orang lain. Maknanya U telah meletakkan taraf perhubungan kita di bawah kaki dan punggung sahaja. U letakkan taraf perhubungan itu kurang atau ketahap perhubungan seorang kawan biasa di jalanan.Mungkin U beranggapan, masing-masing belum lama mengenali diri antara satu sama lain.Jadi, kalau U ceritakan apa-apa, kemungkinan semakin kerap pertelingkahan terjadi antara kita. Tetapi U lupa untuk bertanya, kenapa I marah atau kenapa kita sering bertelingkah.U takut untuk bercerita kepada I takut I mengungkitnya rahsia hidup U kemudian hari.
“not more than five…” itu adalah pengakuan jujurmu yang I terima dengan bangga kerana keberanian pengakuanmu itu.Fikirkan, apa jadinya kalau rahsia itu diketahui dari mulut dan gossip orang lain?
Mengungkit kisah silam masing-masing perlu dalam perhubungan kalau gunanya hanya untuk mengingat dan menginsafkan. Bukan di ungkitkan dengan rasa dendam dan marah.
Pada, I pengakuan jujur itu tidak menjejaskan hubungan dan cinta I pada U.
Tetapi, dalam perhubungan yang penuh dengan mistri dan ketakutan, besar kemungkinan perhubungan itu akan terputus buat selama-lamanya.

Cerita Intimate Yang Dah Basi

Adalah hak mu untuk berbuat apa saja. Terimakasih kerana menceritakan dongeng yang telah basi, yang telah dimakan oleh orang-orang yang terdekat denganmu berminggu-minggu dulu. Untuk peringatan: Tak perlu menjadi jururawat terlatih untuk mengetahui bahawa "memakan barang" apapun yang telah basi boleh menyebabkan sakit.
[Perkataan-perkataan ini mempunyai nilai yang special pada sesetengah orang dan hanya digunakan oleh dan untuk orang-orang special saja antaranya "Rindu", " Darling" "Sayang" etc Kalau perkataan ini untuk semua orang, maknanya ia telah dilacurkan!]
Anyway Relay this message to all of ur friends.
Let me say this: You/ they do not know who I am. No, you/they really don't.
Because if you/they knew, you/they would know that I could track you down and eat you/their and your/their mother fucker for breakfast.
Let me assure you that I am not jealousy or simply anggry - I will ram my foot up your ass, regardless of whether you are Malay, Filipino, Chinese or Arab.
You/there do NOT wanna fuck around with me.

Terimakasih banyak.

cerita simbolik untuk Mekna

Dalam perjalan ke sebuah apartment di Lebuh raya Ceras, berlaku dialog ini antara seorang lelaki tua dan perempuan muda yang cantik.

Perempuan : Mengapa U menyukai I sedangkan U sudah punya Isteri? Mengapa U cintakan saya sedangkan U sudah ada anak-anak? Lelaki : I tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu I memang menyayangi dan mencintaimu tanpa syarat!Perempuan : U tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana U boleh katakan U sayang dan cintakan I sedangkan U tidak boleh menerangkannya. Lelaki : Betul! I tak tahu sebabnya tetapi I boleh buktikan bahawa I memang cintakan U! Perempuan : Tak boleh beri bukti! Tidak! I hendak U terangkan kepada I sebabnya. Kawan-kawan I yang lain yang mempunyai Suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk menelefon selalu-selalu dan SMS-SMS lagi. Namun begitu U tidak boleh terangkan sebabnya. Bunyinya seperti mendesak dan memaksa. Si Lelaki Tua menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! I mencintai U sebab U muda dan cantik, U bekerja dan ada gaji, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati I selalu. I juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak yang melangkah, dan setiap pelukan U memanaskan ghairah I, di situlah cinta I bersama U !, U juga selalu berkorban untuk I ” Si Perempuan tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Lelaki tua tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si Perempuan mengalami kemalangan jalan raya dan koma. Mengikut laporan polis, kereta itu di pandu oleh seorang lelaki muda yang mengikut laporan akhbar gossip tempatan. Adalah teman specialNya.
Dimasukan ke Wad ICU di Hospital Selayang .[ walaupun kemudiannya di perbetulkan bahawa lelaki itu bukanlah teman special seperti yang terlapor. Akhbar gossip memohon maaf kerana tersalah lapor.Kata akhbar gossip berkenaan: salah lapor itu adalah berikutan penemuan 3 kondom exotic didalam poket pemandu dan 1 kondom yang telah terpakai yang dipenuhi dengan sperm segar di dalam kereta terbabit] .

Di ringkaskan cerita,Si Lelaki amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada Perempuannya yang disayanginya. Surat itu dan sejambak bunga Ros merah diletakkan di sebelah katilnya di hospital . Surat tersebut yang kemudiannya di jumpai dan dibaca oleh seorang jururawat muda yang bertugas pada masa itu, berbunyi begini :....“Mek ku yang tersayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah mek bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah mek menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah mek tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mek.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah mek melangkah? Jika kerana sex aku mencintaimu bolehkan engkau memberikan sex padaku sekarang? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mek. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mek lagi. Adakah cinta memerlukan sebab dan syarat? Tidak! Sebab itu Aku masih mencintai mek seperti dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab dan syarat. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Ataupun dijelaskan. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati.


Jururawat muda yang kagum dengan pernyataan cinta lelaki tua itu selalu memerhatikan katil perempuan yang terlantar itu. Dan timbul pertanyaan di benaknya. Dimanakah kawan-kawan, keluarga dan sehabat handai perempuan itu? kerana yang diperhatikan yang datang dan mengambil tahu perempuan yang terlantar itu hanyalah lelaki tua yang dikaguminya.
Didalam diam jururawat muda itu berkata di dalam hatinya, "Beruntung sungguh perempuan ini...kalaulah aku dapat memiliki hati lelaki tua itu..."
Apakah moral dari cerita ini? sila fikirlah sendiri.......

Terimalah diri ini dengan segala kekurangan-kekurangan yang ada

Bukan aku yang mahukan perhubungan ini. Kita yang bina perhubungan ini. Bukan kau dan bukan aku. Kita yang mahukan terbinanya pertalian ini. Kita!.
Hasrat kita adalah sama. Mahukan sedikit kebahagiaan.

Kebahagiaan? Kebahagiaan dengan hidup bergaduh selalu? Dan alasan-alasannya kalau timbul pergaduhan, baik kecil atau pun besar, mengikut jawapanmu , adalah kerana diriku ini. Setidak-tidaknya kerana akulah yang mencetuskan. Akulah yang menyebabkan timbulnya berbagai perasaan tak puas hati dalam dirimu. Semasa kemarahan dan kepanasan hati mu itu sering tersembur keluar kata-kata yang amat benar bagi pemikiranmu. Kata-kata benar yang keluar dari mulut seorang lawan yang membelasah musuhnya! Semua kata-kata mu tentang diriku semasa kemarahan adalah benar. Kata-katamu adalah saksi-saksi yang menghentam diriku di kandang pesalah. Dan akhirnya aku akan dihukum sepanjang hidup.

Dalam keadaan kebenaran kata-katamu itu aku menerima pukulan tanpa daya. Tangan dan kaki terikat dan dengan mulut tersumbat aku dibelasah, belasah dan dibelasah tanpa belas kasihan. Akulah yang mencetuskan semua itu. Sebab aku tidak berlaku adil sebagaimana kehendak dan kemahuanmu.

Tangan dan kakiku terikat dengan komitmen keluarga. CERAIKAN AKU! CERAIKAN AKU! CERAIKAN AKU! Mulutku terikat tak ingin melepaskan kata cerai!
Dan aku akan terus dibelasah. Di persalah.

Dalam keadaan tiada keadilan dari diriku ini, bila-bila masa sahaja akan tercetus pergaduhan. Bila-bila masa sahaja aku akan di layan sebagai musuh yang harus dibelasah dan ditawan. Aku akan terus menerus di tuduh sebagai peragut kebahagiaan mu sebelum perhubungan ini. Aku akan dituduh perampas keceriaanmu sebelum perhubungan ini.

Aku begitu bahagia jika tidak ada pergaduhan. Dalam keadaan tiada keadilan dari diriku ini, bagaimana pergaduhan dapat dielakkan?

Kebahagiaan itu perasaan yang relatif. Absrak. Ia boleh ada dimana-mana dan ia boleh tiada dimana-mana. Terpulang kepada tafsiran kita. Adakah kebahagiaan hanya ada pada perhubungan-perhubungan orang yang tidak bermadu? Penderitaaan pun sama. Ia boleh ada dimana-mana dan boleh tiada dimana-mana. Yang penting cara kita melayani penderitaan itu. Pada sesetengah orang, menusuk jarum tajam dibadan adalah penderitaan. Tetapi pada seorang lain ia adalah suatu kenikmatan.

Perbezaaan perasaan ini terjadi adalah kerana niat dan kepercayaan. Kerana tujuan semata-mata. Si anu yang menerima tosokan jarum dari seorang misi akan meraung sakit adalah kerana ia tidak mempunyai niat apa-apa. Tetapi seorang sami yang menusukkan jarum-jarum yang jauh lebih besar di badannya tidak akan menderita kesakitan, sebab niatnya dan kepercayaannya adalah untuk mempersembahkan acara itu kepada Tuhannya.
Dalam premis dan logik yang sama kita boleh bertanya adakah orang yang kahwin dengan bukan suami orang tidak menderita? Tolong kaji lah sendiri.Tolonglah jawab sendiri.

Kepercayaan kepada makna kasih-sayang yang sebenar adalah mustahak untuk mengelakkan rasa menderita. Kepercayaan kepada kasih saying yang murni boleh menyebabkan kita bahagia. Kebahagiaan menyebabkan kita bersabar.

Makna kasih dalam Sesuatu Perhubungan yang dipersetujui bersama sungguh besar pengertiannya. Sebab itu, dalam konteks Sesuatu Perhubungan dan kasih sayang kepada Orang Yang Paling Kita Kasihi, adalah termasuk dalam perkara yang disebut sebagai kemanisan cinta atau ni'mat yang sebenar.
Dengan ertikata lain, kerelaan yang hakiki akan tercapai apabila kita dapat meletakkan setinggi-tinggi kasih dan sayang kita kepada sesorang.

Begitu juga dalam konteks menghormati Orang Yang Paling Kita Kasihi.
Sesuatu Perhubungan mengajar kita supaya berbuat baik kepada Orang Yang Paling Kita Kasihi.
Maksud berbuat baik itu bukan sahaja mencakupi perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang baik sahaja, bahkan disudut hati nurani kita mestilah tersimpan rasa amat kasih dan sayang kepada kesemua yang berkaitan dengan Orang Yang Paling Kita Kasihi. Dan jangan cuba berniat tak baik terhadap keluarganya. Dalam keadaan apapun juga.
Kerana melalui niat yang tak baik itu akan melahirkan bibit-bibit kebencian dan seterusnya melunturkan rasa kasih sayang dalam perhubungan..
Iaitu meletakkan dalam diri bahawa kasih sayang dan sumpah setia harus ditumpahkan kepada perhubungan Orang Yang Paling Kita Kasihi itu sendiri tanpa soaljawab yang memanaskan hati dan perasaan.

Justeru, dalam suasana macam mana sekalipun, sewajarnya kita harus mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku. Kita harus memerangi petualang-petualang dan pengkhianat-pengkhianat perhubungan kita yang sentiasa mencari kesempatan dan peluang.
Mereka sentiasa mencari peluang untuk menjejaskan keamanan perhubungan kita, kestabilan dan kesejahteraan perhubungan kita dan sentiasa berusaha untuk menghancurkan perhubungan yang kita telah lama bina.

Oleh yang demikian kita haruslah menyedari hal ini dan janganlah terikut-ikut dengan arus pembawaan mereka-mereka atau termakan jarum-jarum yang dimainkan oleh musuh-musuh perhubungan kita yang ingin mengkhianati perhubungan kita ini.
Kita sepatutnya sedar, tidak ada suatu keuntungan sedikitpun yang akan memihak kepada kita jika bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat ini.
Kita juga tidak akan mendapat manfaat sedikitpun jika kita memenuhi kehendak-kehendak orang yang cuba meracuni nurani kita dengan berita-berita palsu, khabar-khabar angin dan fitnah-menfitnah antara satu sama lain.

Berwaspada dengan mereka ini. Kerana dalam keadaan suasana yang sebegini ada musuh-musuh Perhubungan yang ingin "menangguk di air keruh" dengan mengambil kesempatan supaya kita tidak lagi berasa aman dan tenteram.

Akan Tetapi musuh terbesar yang harus kita jinakkan , tundukkan, dan kalahkan dulu adalah perasaan-perasaan dan pemikiran-pemikiran jahat yang terselinap didalam hati sanubari kita sendiri.

Dan kebaikan-kebaikan dalam diri U seringkali membantu I menewaskan perasaan-perasaan gatal dan jahat dalam diri ini. Kalau tidak, sudah tentu perhubungan ini sudah lama runtuh, pecah dan terbelah. Sesungguhnya teruskanlah memberikan kebaikan-kebaikan itu dan bukan memberikan keburukan-keburukan.
Keburukan-keburukan hanya melemahkan perhubungan yang kita bina bersama.
Terimalah diri ini dengan segala kekurangan-kekurangan yang ada sebagaimana aku menerima dirimu dengan seadanya.

Sunday, August 21, 2005

Kata-kataku Bukan Intan

Kalaulah kata yang iklas yang keluar dari mulut ini dapat dinilai, biarpun bukan setara butiran intan permata, sudah tentu yang terjadi tak akan terjadi, yang bergaduh tak akan bergaduh, sudah tentu tidak ada konflik yg besar. Tetapi, apa boleh buat. Yang keluar dari mulut ini hanyalah percisan airliur yang kosong kalaupun tidak membusukkan keadaan dan ruang hidupmu. Kata-kata ini tak layak di nilai dipertimbangan dunia apalagi di neraca akhirat. Memang, yang dipinta adalah bukannya kebebasan bersuka-ria atau kebebasan untuk berfoya-foya.
Memang yang dicari bukan kemewahan .Kemewahan hanya menjanjikan alpa. Yang di cari bukan hanya belaian lembut dan manja ,bukan sentuhan mesra memabukkan rasa. Yang dicari ialah ketenangan apabila mendapat khabar bahawa orang yang disayang tidakkan mudah mengalah dengan mudah walaupun melalui saat yang payah. Ketenangan yang dicari ini akan timbul tatkala kau hanyut di arus yang salah, kau terus sedar dan berubah. Memang I akan marah atau U pun akan marah jika melihat seseorang menongkah arah yang salah atau hanya pasrah berserah walaupun pengalaman ini telah memberitahu perbuatan mengali telaga nanah tidak akan sama dengan mengali telaga emas.
Apakah kelebihanku ini berbanding dengan kehidupanmu sekarang kalau tidak kerana sedikit pengalaman-pengalaman pahit yang aku sendiri pernah hirup dan telan? Pengalaman inilah yang menyebabkan aku bersuara dalam bentuk tegahan dan larangan. Tetapi tidak pula memaksa dalam apa cara sekalipun. Patutkah aku hanya berserah melihat engkau begitu laju menongkah arah yang salah? Berlakunya perantauan mu sekarang bukan kerana sebab yang kosong. Bukan sebab hendak mengisi kepentingan sendiri. Apa yang diberi dalam bentuk apa sekalipun bukan bermaksud mendapatkan pembalasan. Bukan pemberian yang mengharap ganti baik sekarang atau bila-bila.
Mungkin dengan tanggung-jawab,ingin mengajarmu tentang hakikat hidup yang hakikimenyebabkan kau berada di KSA sekarang ini. ingin melepaskanmu pergi dengan keyakinan di hati, bahawa engkau tidak akan tersilap lagi…… Kerana ianya datang dari seorang kekasih untuk kekasihnya,
Biarlah coretan ini meninggalkan kesan abadi di hati nuranimu!

Saturday, August 20, 2005

Aku Tidak Mahu Jadi Serigala

Sewaktu aku menemui mu semasa diserdang dulu usiaku adalah lebih kurang 45 tahun. Aku seorang suami dan seorang bapa. Aku seorang lelaki yang sedang berjalan menuju usia lanjut. Usia muda telah aku lewati dan aku tinggalkan semua kenangan, impian dan lamunan dengan segala ujian-ujian dunia.Terselinap dihati kecilku bahawa aku ingin mengajak memberantas segala macam kerusakan jiwa, dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan memberantas kerosakan sosial dan moral. Setidak-tidaknya untuk diri sendiri.Kerana apa? Kerana Setiap kali aku bertukar tempat kerja, disetiap pelosok negeri, perbuatan mungkar di jumpai tanpa melangkah ke lorong-lorong gelap dan kemungkaran terus bertambah banyak dan bercambah dalam berbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tanpa malu membuka auratnya.Tubuhnya di bonjol-bonjol dan tonjol-tonjolkan dan pergaulan mereka dengan para laki-laki semakin bebas. Semakin lepas. Semua melanda disetiap negeri samada di negeri parti islam atau parti UMNO dan tanpa satu pun negari atau daerah yang dapat mengelaknya.

Ditakdirkan.Sudahpun ditakdirkan Tuhan menemukan aku dengan cobaan yang maha hebat. Aku dipertemukan semula dengan seseorang.3 tahun dulu aku sering bertanya-tanya apakah sebabnya pertembungan iman noda dan dosa ini begitu ketara? Didalam hati aku mengira-ngira penyebabnya adalah karena sampai hari ini kita belum menemukan kunci kearah kebaikan dan kita tidak tahu jalannya atau kita buat-buat tidak tahu caranya.Sebagai bapa yang menyayangi anak-anak, Aku dapati Kunci gedung kebaikan itu ada wanita … kunci itu ada dihati wanita. Jika semua wanita meyakininya dan berusaha memasuki pintu itu, keadaan dunia ini akan berubah dan menjadi lebih baik.
Dalam Umur 45 tahun, penuh dengan pengalaman. Walaupun tanpa statistik dan fakta-fakta ,didalam hati aku mengira-ngira kaum laki-laki adalah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa dan bukan perempuan. Namun tanpa kerelaan dan godaan wanita . mereka, lelaki itu, tak akan berani memulakan. Jadi wanitalah yang membuka pintu bagi mereka untuk masuk Seolah berkata kepada pencuri, "dipersilakan masuk!" setelah mereka, si puncuri itu pergi, barulah kalian sedar dan baharulah merasa kecurian.Dan masih ada yang langsung tidak sedar atau insaf yang mereka telah kecurian." setelah mereka pergi, barulah kalian sadar dan merasa kecurian,tolong, pada saat kalian berteriak pencuri itu sudah jauh meninggalkan kalian.

3 tahun dulu aku tidak mau menjadi serigala. Kerana aku tidak mahu jadi serigala itulah maka sering aku di tuduh dengan berbagai prasangka. Aku tidak kesal sebab aku tidak mahu jadi bapak serigala.Tak mau.

Serigala? Serigala yang suka mencuri? Ya pencuri! seekur anjing yang suka memburu wanita. Meratah dagingnya. Jika wanita tahu bahwa kaum laki-laki adalah serigala dan wanita adalah ayam, pasti wanita akan lari seperti larinya ayam, dalam ancaman cengkaman serigala.Jika wanita sadar bahwa semua laki-laki adalah pencuri, pasti wanita akan bersikap hati-hati dan selalu menjaga diri seperti waspadanya seorang penternak yang menghadapi pencuri.Jika yang dikehendaki serigala dari ayam adalah dagingnya, laki-laki lebih teruk dari itu. laki-laki jahat menghendaki lebih dari daging. Bahkan laki-laki menghedndaki sesuatu yang lebih buruk dari bangkai ayam.
Apa yang mereka mahukan? Apa yang mereka kehendaki ?
Mereka menghendaki sesuatu yang paling berharga dari wanita, yaitu harga diri dan kehormatan. Nasib wanita yang direnggut kehormatannya lebih trajis dan menyedihkan dari seekor ayam yang dibaham serigala. Insafkah wanita? Ramai yang tidak insaf. Tidak sedar diri.
Segala yang dikhayalkan laki-laki bahwa mereka menghargaimu karena akhlak atau berbicara dengan mu hanya sebagai sahabat/ teman karib adalah dusta belaka. Jika kalian dengar sendiri pembicaraan sesama mereka, atau kalian dapat membaca gerak hati kebanyakan mereka , kalian pasti akan takut, terketar dan merasa ngeri!

Tidak akan ada seorang laki-laki yang melemparkan senyum, berbicara dengan lembut dengan romantis dan merayu, memberikan bantuan dan melayanmu tanpa tujuan . Itu semua adalah pembungkus sahaja yang didalamnya tersirat maksud-maksud tertentu.
Setidaknya isyarat bagi dirinya bahawa pralaku kepada prilaku lain yang terawal.

Apa yang tersirat sebenarnya tolonglah renungkan sendiri. Jika kalian bersama dengan laki-laki untuk berhubungan walau sebagai kawan atau lebih lagi kalau sebagai teman kekasih, memang kalaian semua akan merasakan lazat dan nikmatnya. Kalian akan merasakan nikmat dan kelezatan itu, sesungguhnya hanya sebentar saja. Sementara saja.Sesudah itu ia akan melupakan dan pergi meninggalkanmu. Adapun dirimu … sebagai wanita … akan merasakan sendiri kepahitan dari pertemuan dan kelezatan yang sebentar itu untuk selamanya.Ia akan pergi meningalkanmu diam-diam untuk mencari mangsa baru yang dapat dirayu dan diterkam lagi kehormatannya. Pada saat yang sama … wanita mulai merasakan beban berat dan mengganjal diperutnya. Dan menganjal juga di benak otaknya Dan kalian akan bersedih dan bermuram durja.
Kalian akan mulai gelisah dan bingung. Serigala yang membesarkan perutmu itu tidak dapat dituntut atau dihukum karena masyarakat disekitarnya zalim. Bahkan . ia diampuni .
Bagaimana dengan wanita ??Wanita akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang hidupnya. Masyarakat tidak akan mengampuni dosa kalian. Kalian hanya dapat berandai-andai…. "seandainya dulu saya bersikap tegas…. Seandainya dulu saya tidak membalas pandangannya... "
Jika sikap tegas itu tidak menghentikan laki-laki dari menggodamu, bahkan bersikap brutal dan mengucapkan kata-kata kotor serta mulai menggunakan tangannya, atau cepat-cepat kalian lepas sepatu dan pukulkan ke kepalanya. Jika itu yang kalian lakukan, semua orang disitu akan menolongmu...
Dengan pemikiran simpatitik dan kasih pada wanita itulah, 3 tahun dulu ,aku tidak mahu menjadi serigala.Tidak mau. Walaupun sedar kesan dan akibat menjadi lelaki yang baik penuh dengan ragam dan cubaan aku tetap tidak mahu jadi binatang. Tidak mahu jadi serigala. Biarlah aku dituduh penipu aku lebih rela. Biarlah aku dinesta dengan kata-kata seperti...memerangkap kerana tidak memberitahu berpindah ke Ipoh ke Tapah....

3 tahun dulu aku mahu Laki-laki yang baik dan soleh . Akan datang kepadamu dengan segala kerendahan hati, memohon maaf, menawarkan kepadamu perhubungan yang halal dan terhormat. Dan menikahimu.
Wanita manapun meski memiliki kedudukan yang tinggi, banyak harta, terkenal dan berpengaruh pasti bercita-cita mencapai kebahagiaan yang tinggi. Kebahagiaan adalah dengan bersuami, menjadi istri saleha, terhormat, dan ibu rumah tangga yang baik. Cita-cita seperti ini menjadi keinginan setiap wanita dari taraf ratu sampai wanita biasa. Pernikahan adalah cita-cita tertinggi kaum wanita. jawatan apapun yang mereka miliki Doktor atau ketua jabatan, bahkan menteri sekalipun tetap dibawah pernikahan.
Kadang-kadang Pedih rasanya ketika terdengar yang ada orang lebih rela hidup sebagai kekasih daripada hidup dalam perhubungan yang halal.
3 tahun dulu aku tidak mau menjadi laki-laki yang jalang, puaka dan menjijikan yang hanya memburu dan mendapati wanita untuk dapat dpermainkan, yang dapat menjadi sasaran baginya untuk memuaskan nafsu dan hasrat berahi.3 tahun dulu, Bermula dengan hasrat tidak mahu menjadi serigala, dengan penuh kekurangan- kekurangan diri, aku mahu mengisi makna baru bagi kehidupan mu memberi status secara terhormat dalam perhubungan, memberi mu harga diri, dan berharap dirimu memegang teguh tiang agama. Semuga suatu hari dirimu sempat pula menyeru sesama wanita yang telah terjebak dalam perangkap laki-laki kejalan yang benar. Beri peringatan dengan ayat-ayat Allah.3 tahun dulu memanglah dirimu cantik dan pucuknya pun masih muda. Memang banyak laki-laki yang suka dan mengharapkan wanita cantik. Namun dapatkah kecantikan bertahan selamanya? Bagaimana nasibmu ketika sudah tua dan kulit wajah mulai keriput, sedangkan punggungmu semakin membungkuk. Apakah layak kelezatan sesaat diganti dengan penderitaan?
Tidakkah engkau heran bagaimana lelaki yang sejahil I ini bergaduh pasal pakaian mu sebelum berangkat ke KSA dulu? Pada awalnya kaum muslimah sedikit demi sedikit memendekan baju, dan tanpa sadar benar-benar pendek sehingga tampak lengan dan pusar bahkan dada mereka. Dan perlahan-lahan menipiskan kerudung sehingga tanpa sadar tak bekerudung lagi.Semua itu disemarakkan oleh akhbar dan majalah atau media lainnya. Para penganjur kebebasan dan kebebasan seperti parti UMNO gembira karena keberhasilan mereka.Cara pertama mamberantas adalah : wanita menahan diri dari pergaulan bebas. Pergi berdua dengan alasan apapun adalah langkah pertama kepada kehancuran.Mungkin bergaul seperti itu telah dianggap hal yang biasa. Namun kecenderungan laki-laki dan perempuan Allah ciptakan masing-masing mempunyai daya tarik dan hasrat.Semoga kaum wanita mau memahaminya. Karena laki-laki teman iblis tak tidak pernah memikirkan nasib dan kehormatan /harga diri wanita yang hilang selamanya.

Pada dasarnya laki-laki akan mencari perempuan terhormat, bukan perempuan hina atau tercela, Seandainya seorang laki-laki bertunangan dengan seorang wanita yang baik-baik, lalu wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya dan masuk perengkap nista tentu lelaki itu akan cabut. Syukurlah aku telah menemui seorang wanita yang teramat menyayangiku.

Tetapi, maafkanlah aku kerana tidak mahu menjadi serigala.

Friday, August 19, 2005

Bill telefon VS Kasih Sayang

I ni bukanlah pandai, bukan misi,bukan doktor, tetapi ada membaca sedikit pasal saikologi. Betul tak betul apa yang I baca tak tau la. Tetapi,Pakar psikologi berpendapat: Minda kita hanya dapat berfungsi dengan lebih berkesan jika diguna berdasarkan beberapa peraturan atau undang-undang yang tertentu .

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Sebenarnya apa yang kita rasakan dan fikirkan tentang diri kita , itulah kita . Apa yang kita fikirkan pada hakikatnya itulah yang akan berlaku Akan berlaku baik secara cepat atau tidak.baik secara nyata atau secara hakikat..Orang yang cemerlang jangan memikirkan sesuatu yang boleh melemahkan diri mereka sama ada dari segi fizikal ataupun mental .Pemikiran yang terbentuk dalam minda adalah yang bertenaga, samada bertenaga positif atau negatif. Pemikiran positif akan membawa kepada kebaikan dan kecemerlangan, pemikiran negatif akan membawa kepada keruntuhan dan kemusnahan. Melihat dalam mata hati kepada perkara yang baik akan mengamankan dan menyejukkan minda.Melihat kepada keburukan akan membawa kepada kepanasan hati dan minda.

Telepati, atau melalui ESP Kita boleh menghantar sesuatu maklumat kepada orang lain melalui pemikiran. Jangan diheran perkara ini. Gelombang tenaga fikiran adalah lebih kuat dari gelombang tenaga bunyi yang boleh diterima dan di enkod seperti gelombang radio. Yang demikian, Kita boleh berkomunikasi dengan seseorang melalui cara membayangkan wajahnya di dalam minda kita, untuk memudahkan penghantaran maklumat tersebut kita mestilah melakukan dengan secara jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Bomoh dan ilmu hitam biasa menggunakan kaedah ini tetapi dengan cara yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab. Sebenarnya apa yang kita fikirkan mengenai seseorang, fikiran dan tanggapan tersebut bergerak dalam bentuk gelombang minda dan jika tiada halangan atau gangguan, gelombang tersebut akan dapat berkomunikasi serta mendapat tindak balas yang menakjubkan. Jalinan emosi dan pertalian darah yang rapat akan memberi kesan yang mendalam. Jalinan emosi inilah yang selalu berlangsung antara U dan I. Jadi, kalau u mau bahagia fikirkan kebahagian I. Apa yang menyebabkan I bahagia atau sebaliknya jika u maukan i menderita sengsara fikirkanlah tentang kelemahan, kejahatan, dan segala sifat non posif dalam diri I. Minda U adalah pusat penghantaran maklumat yang akan diterima oleh minda I.

Demikianlah juga. sekiranya kita membenci seseorang, maka pemikiran itu akan menarik kebencian daripada orang tersebut. Tetapi, orang yang cemerlang sentiasa berfikiran fositif terhadap orang lain agar pemikiran yang sama akan dipulangkan kepada dirinya. Oleh itu, elakkan dari membenci seseorang, apa yang perlu dibenci adalah perangainya, bukan orangnya. Bukan bangsanya!

Tuhan memberikan pilihan kepada manusia untuk memileh. Apapun juga.Dan kesan yang dibawa oleh pemilihan itu akan ditanggung oleh kita sendiri.Atau ganjarannya kita yang terima. Dalam ugama disebut dosa dan pahala. Didunia , kalau pemilihan kita yang positif kita akan mendapat rasa bahagia. Kalau yang negatif yang kita pileh kita akan dapat kesengsaraan.Diakhirat dalam bentuk ganjaran syurga dan neraka. Di Dunia ini atau pun di akhirat nanti serupa sahajalah pembalasanya.Kita berupaya untuk melayan atau menolak sebarang pemikiran yang terbentuk dalam minda kita. Misalnya, kita boleh mengawal pemikiran samada kita ingin marah atau simpati dengan sesuatu keadaan. Jikalau kita keterlaluan semasa memarahi seseorang sehingga tidak dapat mengawal diri, pada hakikatnya kita telah menurunkan nilai diri kita ke tahap kanak-kanak malah kadang-kadang ketahap animal. Jadi, soalan I betulkah pemilihan u untuk terus hidup dengan i ni? Bolehkah U mengawal minda u dari berterusan memikirkan keburukan-keburukan diri I ni?


Sungguhpun. Kita boleh menyayangi dan membenci seseorang secara serentak. Kita juga berkemampuan untuk memikirkan pelbagai perkara yang tidak berkaitan dalam satu masa. selain dari pemikiran yang fositif, seseorangjuga seharusnya mempunyai pemikiran yang menarik. Ini akan menjadikan mereka sebagai manusia yang unik serta dapat memberikan keceriaan dalam hidup ini. Cubalah selitkan hanya pemikiran kebaikan terhadap apa sahaja yang I lakukan, walau mungkin pada nyatanya ia tidak menguntungkan U.


Bayangkanlah selalu bagaimana dalam perhubunngan ini, I menyanyangi U selalu, tanpa syarat, tanpa banyak persoalan negatif, Ini kerana, pada hakikatnya apa yang berlaku pada diri kita adalah merupakan natijah kepada apa yang kita minta dengan izin Allah s.w.t. Apa yang terbentuk dalam minda mempunyai hubungan dengan apa yang berlaku secara realiti. bayangkan apa yang kita inginkan dan sekaligus padamkan perkara-perkara yang kita tidak mahu dalam hidup ini. Mudah-mudahan tidak akan ada ketegangan dan kesengsaraan. Tidak akan terkeluar kata-kata yang menghiris hati. Melainkan kata-kata yang penuh dengan kasih dan sayang.


Beruntungnya dan lebihnya orang Islam ialah ,mereka sentiasa berdoa dan menunaikan solat . Amalan ini akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui ketenangan fikiran, kegigihan semangat, keyakinan dan pemikiran yang lebih terfokus. Apabila kita tenang maka mudahlah untuk memberi perhatian dan tumpuan pada setiap perkara yang kita lakukan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya ”. Surah Al-Mukminun ayat 1-2 .

Pemikiran yang bersih dan sangkaan yang baik terhadap orang lain merupakan pra syarat kepada kesihatan fizikal yang menyeluruh . Pemikiran yang positif akan menggerakkan fizikal secara positif. Berfikir mengenai sihat menyebabkan kita bertambah sihat dan begitulah sebaliknya .Antara faktor kecemerlangan hidup manusia ialah cepat dan pantas berfikir. Melalui Akal. Cintailah diri i ini dengan akal bukan dengan emosi yang berserabut.
Warkah untuk mek:
Bill telefon hingga Rm 1600 lebih?
I tak lah melaungan 'elakkan pembaziran' kepada mek sehingga jangan mengunakan telefon.Telefon tu penting untuk perhubungan. Terutama semasa kecemasan.Tetapi apa saja sering diperkatakan dan yang sering diperingatkan oleh I seringkali dipandang sebagai alasan untuk laridari tanggungjawab. Misalnya tanggungjawab untuk menalifon U. Dalam apa jua hal, dalam menggunakan telefon misalnya, Islam menegah umatnya dari melakukan pembaziran.

Sesungguhnya, pembaziran amat merugikan diri sendiri dan boleh menyebabkan kita terjerumus dalam kesusahan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang tafsirnya: "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.''

Ramai yang sedia maklum akan kesan buruk pembaziran itu. Sudah ramai yang pernah mengalami akibatnya, iaitu berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu. Namun ingatan 'elakkan pembaziran telefon' masih saja tidak diendahkan. Apa yang nyata, pembaziran masih saja berlaku .

Mengapa pembaziran itu berlaku dan sukar dikikis? Untuk menjawab persoalan ini memaksa kita berpatah balik kepada sikap. Sikap kita yang ego, mementingkan diri sendiri dan suka berbanding-banding, menunjuk-nunjuk , kerap kali memaksa badan melupai diri dan kemampuan .

Sedangkan wang yang digunakan untuk membayar bil-bil telefon itu itu jika difikirkan boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Yang lepas tu lepas lah.

Monday, June 06, 2005

Peringatan Kepada Diri Sendiri

Segala pujian bagi Allah, ang tidak dapat dicapai oleh panah kesangsian, akan tempat tembus mengenai keajaiban pembuatanNya. Tidak kembalilah akal dari permulaan kejadiannya, melainkan penuh dengan gundah dan kehairanan. Segala nikmatNya yang amat berseni itu berterusan. Dan sebahagian dari nikmatNya yang megkagumkan ialah menjadikan manusia itu dari air lalu menjadikannya berbangsa dan berkeluarga.Dipaksakannya makhluk itu dengan suatu keinginan sehingga memaksa pula mereka berusaha dengan keras untuk mendapatkannya.
Kemudian Dia membataskan. DiharamkanNya berbuat jahat untuk mendapatkan keturunan.Dia bersungguh di terangkan perbuatan jahat itu dengan dosa yang keji dan perbuatan jelik yang harus di hindarkan Di sunatkan Nya nikah, di gerakkanNya kepada bernikah, kerana sunat dan perintah.
SELAWAT DAN SALAM KEPADA MUHAMMAD YANG DI UTUS DENGAN BERITA-BERITA HERDIK DAN GEMBIRA. DAN KEPADA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA DENGAN RAHMAT YANG TAK SANGGUP DIHITUNG DAN DIHINGGAKAN. DAN BERILAH WAHAI ALLAH KESEJAHTERAAN YANG BANYAK. SESUNGGUHNYA PERKAHWINAN ITU MENOLONG KEPADA AGAMA DAN MENGHINA KEPADA SYAITAN. BENTENG TEGUH TERHADAP MUSUH ALLAH DAN SEBAB MERAMAIKAN UMAT, YANG MENJADI KEBANGGAAN RASULLULAH.