Monday, August 22, 2005

Apa yang U takut?

Sepatutnya U telah dapat melihat hatibudi diri ini dengan jelas. Sepatutnya kita Lebih mudah sesuaikan diri kerana sudah lama saling mengenali. Tetapi, itu munkin secara lahiriah sahaja. Secara batinnya, kita masih dalam perkenalan. U masih dalam ketakutan. Akibat ketakutan itu, timbul pelbagai perasaan. Perasaan negatif. Dari perasaan negatif timbul pelbagai ragam negatif. Sedangkan ragam negatif tidak akan memberikan warna-warni dalam perhubungan.
Ia hanya memaparkan kehitaman. Kehitaman tidak akan meberikan perhubungan yang tidak berbentuk dan tidak berupa. Kehitaman akan mengotori dan merosakan perhubungan yang bersemi.
Hanya U yang tau dan boleh mengungkap ketakutan-ketakutan yang U rasai terhadap diri ini. Janganlah berdaleh bahawa u tidak ada rasa ketakutan dalam perhubungan ini. Kalau tidak ada ketakutan, masakan I tak boleh berkawan atau mengenali kelompok kawan dan inner circle kehidupan U? .
Orang akan takut pada malam kerana di waktu malam orang tidak akan dapat melihat dengan jelas. Atau tak akan melihat langsung. U tak akan mengenali I dalam kegelapan. Pakailah lampu suloh iaitu akal mu untuk melihat diriku ini. Nescaya, U akan tahu kelemahan dan kekurangan diriku ini. Dan kekurangan diri masing-masing juga. Jika Sudah tahu kelemahan dan kekurangan diri masing-masing.Makna nya malam yang gelap, malam yang menyebabkan ketakutan itu akan menjadi lebih terang dan ketakutan akan hilang. Jika di survey dan ditanya 1000 perempuan yang dalam percintaan, 1000 orang akan mengatakan dia takut kalau kalau dirinya di tinggalkan.Takut dirinya tidak disunting. Takut habis madu sepah dibuang.
Tapi, U? Apa yang U takut? Hanya U yang boleh senaraikan. Walau U dan I bernikah dalam diam, Pasti di restui keluarga U akhirnya ,kerana tentu keluarga U faham cara kita hanya tidak mengikut adat. Tetapi kita mengikut hukum. Daripada adat, tentulah hukum yang lebih utama. Bagaimana kalau kita tidak mengikut hukum dan adat? Bergelumang noda dan dosa?
Sepatutnya U harus menanamkan rasa percaya lebih tinggi kepada I kerana kita sudah banyak kenal hati budi masing-masing. I pun percayakan U. Sepatutnya U harus percayakan I melebihi orang lain, dalam apa jua hal. Kalau U tidak memberitahu I sesuatu perkara, dan alasannya ialah U takutkan I, sedangkan perkara itu U berani beritahukan kepada orang lain. Maknanya U telah meletakkan taraf perhubungan kita di bawah kaki dan punggung sahaja. U letakkan taraf perhubungan itu kurang atau ketahap perhubungan seorang kawan biasa di jalanan.Mungkin U beranggapan, masing-masing belum lama mengenali diri antara satu sama lain.Jadi, kalau U ceritakan apa-apa, kemungkinan semakin kerap pertelingkahan terjadi antara kita. Tetapi U lupa untuk bertanya, kenapa I marah atau kenapa kita sering bertelingkah.U takut untuk bercerita kepada I takut I mengungkitnya rahsia hidup U kemudian hari.
“not more than five…” itu adalah pengakuan jujurmu yang I terima dengan bangga kerana keberanian pengakuanmu itu.Fikirkan, apa jadinya kalau rahsia itu diketahui dari mulut dan gossip orang lain?
Mengungkit kisah silam masing-masing perlu dalam perhubungan kalau gunanya hanya untuk mengingat dan menginsafkan. Bukan di ungkitkan dengan rasa dendam dan marah.
Pada, I pengakuan jujur itu tidak menjejaskan hubungan dan cinta I pada U.
Tetapi, dalam perhubungan yang penuh dengan mistri dan ketakutan, besar kemungkinan perhubungan itu akan terputus buat selama-lamanya.

1 Comments:

Blogger Anonymous said...

nak nangis i baca blog u ni

6:21 AM  

Post a Comment

<< Home