Monday, June 06, 2005

Peringatan Kepada Diri Sendiri

Segala pujian bagi Allah, ang tidak dapat dicapai oleh panah kesangsian, akan tempat tembus mengenai keajaiban pembuatanNya. Tidak kembalilah akal dari permulaan kejadiannya, melainkan penuh dengan gundah dan kehairanan. Segala nikmatNya yang amat berseni itu berterusan. Dan sebahagian dari nikmatNya yang megkagumkan ialah menjadikan manusia itu dari air lalu menjadikannya berbangsa dan berkeluarga.Dipaksakannya makhluk itu dengan suatu keinginan sehingga memaksa pula mereka berusaha dengan keras untuk mendapatkannya.
Kemudian Dia membataskan. DiharamkanNya berbuat jahat untuk mendapatkan keturunan.Dia bersungguh di terangkan perbuatan jahat itu dengan dosa yang keji dan perbuatan jelik yang harus di hindarkan Di sunatkan Nya nikah, di gerakkanNya kepada bernikah, kerana sunat dan perintah.
SELAWAT DAN SALAM KEPADA MUHAMMAD YANG DI UTUS DENGAN BERITA-BERITA HERDIK DAN GEMBIRA. DAN KEPADA KELUARGA DAN PARA SAHABATNYA DENGAN RAHMAT YANG TAK SANGGUP DIHITUNG DAN DIHINGGAKAN. DAN BERILAH WAHAI ALLAH KESEJAHTERAAN YANG BANYAK. SESUNGGUHNYA PERKAHWINAN ITU MENOLONG KEPADA AGAMA DAN MENGHINA KEPADA SYAITAN. BENTENG TEGUH TERHADAP MUSUH ALLAH DAN SEBAB MERAMAIKAN UMAT, YANG MENJADI KEBANGGAAN RASULLULAH.